Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN

Views
Assalamualaikum beautiful dearies :)


Alhamdulillah dipanjangkan umur utk berjumpa Ramadhan tahun ni.. lebih istimewa sebab Ramadhan kali ni bersama orang baru bernama "suami".. x tahu la dapat ke tak, nak bersahur & berbuka bersama utk puasa pertama memandangkan suami di subang, isteri di melaka.. semua gara-gara suami kena outstation ke sarawak, tp last-last tak jadi.. geram >.< tp nak buat macam mana kan, sabar jela.. suami kata, kena terima & kena jadi kuat.. 

"team kita, kita 2 org je.. kita 2 org la kena saling support antara satu sama lain.. kita 2 org kena berusaha sama-sama utk adapt dgn keadaan-keadaan macam ni & kena sama-sama survive.."

baiklah suami, isteri akan cuba :)

Di kesempatan ini, i nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia kepada semua rakan-rakan blogger yg melawat ke blog picisan i ni.. sama-sama la kita merebut pahala yg berlipat kali ganda di bulan mulia ni.. dan semoga kita istiqamah merebut pahala yg Allah beri hingga ke bulan-bulan seterusnya.. amin.



Salam Ramadhan =)

terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

Friday, March 30, 2012

NOTES FOR MYSELF

Views
Assalamualaikum beautiful dearies :)



Sharing from FB.. notes for myself.. 
maybe can be notes for others too :)

terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

Wednesday, February 29, 2012

Belajarlah untuk Berkata CUKUP

Views
** sharing from Facebook **
•❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤•



♥ Luangkan masa baca sehingga habis ea, manfaatnya terlalu banyak.... sekadar ingatan utk diriku & shbt2 dikasihi Allah ♥ 
InsyaALLAH :)

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥
Belajarlah Untuk Berkata CUKUP
❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon
utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah terkocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata
"Some people just don't know what to wish for"
 
~{Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta}~

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup TERTARIK dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir sama kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi
sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita "minta" (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi hodoh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai UJIAN kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika
sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

♥♥ Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang TERBAIK. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk REDHA kepada kejadian Allah? "Grass is always greener on the other side". Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. ♥♥

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di
bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita.
Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar
ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahua'lam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. 
Aamiin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, belajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULILLAH .....

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan
mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu."

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

"Oleh: Abu Naqibah"


p/s: sharing is loving :)

terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

Thursday, February 23, 2012

WEDDING THINGS : RANDOM TALK #3

Views
Assalamualaikum beautiful dearies :)


Currently doing this :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.


burok! jangan gelak kan taw.. hehe.. first time jahit manik.. i jenis yg x pegang jarum & benang..
mmg x berjiwa.. baju/seluar sendiri koyak pn suruh mak jahitkan =,= 

tp, kenapa boleh tiba2 jahit manik pulak ni? sebab.... sebab kan..... sebabnya kan.......
demi untuk mendapatkan baju kawen idaman hati.. hehehe.. dgn jari jemari keras ni, i belajar jahit manik yg simple2.. mcm dalam gambar ni, jahit manik tabur je pn.. tuh pun burok bukan maen.. haha..

tp, kira oke la kut utk 1st timer? lepas tuh, terus rasa nak join kelas jahit manik lepas kawen nnt..  
eh?? eh?? ehhh??? (yo yo oo je la tuh kn..kehkehkeh)

sekarang ni tengah jahit manik utk baju kurung yg nak pakai masa kenduri kawen bff kt U dulu.. i jadi pengapit.. buat 2 helai baju.. satu utk pakai masa resepsi belah perempuan.. & satu lagi utk majlis resepsi belah lelaki.. baju kuning dalam gambar ni utk pakai majlis resepsi belah lelaki.. baju lg satu, warna putih.. dah siap jahit manik dah.. lepas siap je, tiba-tiba rasa, "eh pakai masa nikah nnt macam cun je.. boleh x, nak buat baju nikah?"  eh?! =,=

sibuk2 jahit manik baju jadi pengapit majlis org lain, majlis sendiri preparation dah siap ke cik dira oooiii? rasa macam relax sgt je.. hari tuh, en.bonxer tanya, apa lagi yg belum setel.. i pun dgn segera bukak checklist.. tapi, x tawu nak jawab apa.. macam semua plan cun je ikut flow.. en. bonxer pun rasa ktrg macam relax je.. kalau betol semua ikut flow, alhamdulillah.. takot je kalau ada benda yg tercicir.. nanti dah last minute, baru perasan, kelam kabut je....

tak saba tunggu bulan 3.. tailor kata boleh amek baju 5/3 nnt.. cuak pun ada.. sampai mimpi burok pasal baju.. tailor buat totally different dari apa yg i nak.. hahaha.. sampai macam tuh sekali.. punya la asyik fikir pasal baju, sampai nak tido pun fikir lagi pasal baju.. hambek kau! kan dah termimpi2.. kehkehkeh.. mudah-mudahan baju-baju tuh siap seperti apa yg daku angan-angankan.. AMIN!

terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

Tuesday, January 31, 2012

Muhasabah diri

Views
Assalamualaikum :)

Pesanan Lukman Al-Hakim kpd anaknya,

Ingatlah:
- Kebaikan orang kepada kita
- Kejahatan kita kepada orang

Lupakan:
- Kebaikan kita kepada orang
- Kejahatan orang kepada kita

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Selamat malam, Assalamualaikum :)

terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

Friday, April 02, 2010

Ohh..denggi..denggi~~

Views
Beberapa minggu ni, orang2 dari jabatan kesihatan kerap buat semburan nyamuk@fogging kt kawasan rumah saya.. Orang tuh kata, kt kawasan rumah saya dah tahap kritikal.. Mak saya pun, hari tuh seminggu demam.. Alhamdulillah, pegi hospital check darah, takde pape.. Tapi, ramai jugak la jiran2 kat sini yang keluar masuk hospital, sebab suspek denggi.. Tapi, dalam sesak2 nafas, tahan asap fogging tuh, sempat la jugak snap beberapa gamba.. Dahla hujan renyai2 gitu.. hehe..


Berpayung2 haa sebab hujan.. taknak keluar rumah, nanti bukan nyamuk yang mati lemas, tapi tuan rumah yang kelemasan dek asap fogging tuh..huhu..


Ni kawasan rumah jiran saya.. Dulu, jiran Bangla ni punye la bagus, tanam pokok2 sayur kt kawasan rumah diorg.. Skali datang tuan rumah ni, tup2 marah2 bangla tuh tanam pokok sayur.. dia x kasik.. Dah la jadi macam ni kawasan rumah diorg.. Bengong betul tuan rumah tuh.. Baik2 orang tanam sayur, ada ke x kasik.. macam mana la nyamuk x banyak, siap panggil kaum kerabat lagi sebab dah jumpe pot baik punye boley lepak.. huhu..


Ohh.. asap..asap~~



Semoga, dengan kerajinan orang2 dari jabatan kesihatan ni membuat pemantauan dan fogging, masalah denggi kat kawasan rumah saya ni dapat la dibendung dengan segera.. Bahaya demam denggi ni.. Sesiapa yang demam tuh, cepat2 la pegi check kt klinik atau hospital.. Walaupun rasa macam demam biasa je.. Sebab kita sendiri x tawu demam yang disangka biasa tuh, boley menyebabkan kejadian yang tidak kita ingini.. Mintak dijauhkan~






terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

Wednesday, March 31, 2010

ﺒﺳﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺭ ﺣﻣﻥ ﺍﻠﺭ ﺣﻳﻢ

Views

Salam..


hye sumer..oke,hari ini dgn rasmi nye blog ini telah dilancarkan..ececey,mcm ape je nak maen lancar2..so,blog lame http://mektia.blogspot.com/ telah didelete yer kawan2.. saje buat blog baru, dengan azam baru, nk belajar menulis dengan lebih bagus dan nk merajenkan diri mengupdate blog since dh bole online slalu n dah terlalu byk mase free..huhu..doakan azamku itu tercapai yer kwn2..amin~

terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

Copyright©All right reserved by Our Wedding Fairy Tale