Untuk Ayam 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & untuk masak nasi)
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lg lama, lg sedap
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu.)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
- Sedikit minyak masak
- 20 btg cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji cili padi
- 10 biji bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji bawang putih, hiris
- 5 biji tomato, potong 4
- 5cm belacan
- 2 sudu ikan bilis
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yg telah digoreng pd suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dlm pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dlm periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yg terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dlm peti sejuk. Panaskan sambal sblm disajiakan.
Untuk Sup
1. Masukkan garam secukup rasa pd air rebusan ayam. (boleh masukkan terus sup bunjut kalau ade)
2. Panaskan sblm dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pd sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng
- 2 kpg tauhu - potong dadu
- 1 paket tempe - potong nipis
- sedikit tepung beras
- minyak masak utk menggoreng
1. Golek-golekkan tauhu dan tempe atas tepung beras dan pd lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.
Untuk Nasi (yg ni utk 2org makan)
- 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih
- satu btg kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 1 kelopak bunga lawang
- sedikit butter
- garam
- separuh kiub pati ayam/daging
- 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedeikit.
4. Pindah ke periuk nasi elektrik dan masak mcm biasa.