Thursday, April 01, 2010

Tips kempiskan perut..

Views
Hari ini terasa nak kongsi tip kuruskan perut khas buat kawan2 perempuan yg mengalami masalah perut buncit.. Ohhh, sangat tensen kan kalau ada perut buncit.. Terasa macam nak suruh orang tolong pijak2 kan je perut nih.. X pun,panggil lori je tolong lenyek kan perut buncit nih.. Boley ke gitu?huhu..
Oke.. Tip nih sy ambil dari majalah kesihatan yg popular gitu, RAPI.. Jum kita sama2 semak tip2 nih..

1. Jangan berlapar.
- Biasanya, kita akan makan dengan banyak setelah kita menahan lapar. Makanan pemberi
tenaga, tetapi apabila tenaga yg kita gunakan kurang daripada apa yg kita ambil, tubuh kita
akan mengalami kejutan dan kadar metabolisme badan akan menjadi rendah. Ini bukan
sahaja tidak membantu dalam membakar kalori, malah menjurus kepada perut buncit.

2. Makanan pahit.
- Sebelum makan, ambillah sesuatu yg pahit seperti minum kopi dan berkumur beberapa saat
sebelum makan. Cara ini boleh menyebabkan tekak kita merasa pahit dan menggalakkan
rembesan enzim dan asid HCL melalui isyarat otak. Kekurangan enzim dan asid HCL dalam
perut boleh melambatkan penghadaman.

3. Minum air.
- Minum air sebanyak 8 gelas sehari. Ia membantu metabolisme dan penyimpanan lemak dalam
badan. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk
melancarkan jumlah air yg keluar daripada tubuh. Selain itu, ia juga dapat menjamin fungsi
hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

4. Elak minuman bergas.
- Minuman bergas mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan.

5. Kurang garam.
- Pengambilan garam yg tinggi menggalakkan penangkungan air. Jadi, mengurangkan
pengambilan garam menbantu mengurangkan air dalam badan.

6. Sarapan pagi.
- Mengikut kajian, mereka yg tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk
berbanding mereka yg mengambil sarapan. Sarapan pagi dapat membantu menstabilkan
hormon dan paras gula dalam darah. Selain itu, pengambilan yogurt rendah lemak ketika
sarapan juga dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.

7. Makan & kunyah perlahan-lahan.
- Makan dan mengunyah makanan dalam jumlah yg kecil dan perlahan-lahan, dapat
memudahkan penghadaman.

8. Hadkan makanan.
- Cuba mengunyah gula-gula getah dan memberus gigi untuk membantutkan selera kita apabila
kita ingin mengambil makanan ringan atau snek.

9. Minuman masam.
- Minuman masam seperti limau nipis atau jus oren dapat menggalakkan pembakaran lemak.

10. Pengambilan bijirin & sumber vitamin.
- Amalkan makan buah-buahan dan sayuran.

11. Berjalan-jalan.
- Selepas makan, cubalah berjalan-jalan untuk membantu menghilangkan sebahagian kalori.
Tetapi, lakukan secara santai kerana perut kita baru sahaja diisi.

12. Senaman.
- Lakukan gerakan punggung yg ringan tetapi lama dan lebih efektif. Kita juga boleh
menggunakan peralatan seperti 'hula hoop'.

13. Aktiviti fizikal.
- Lakukan aktivit fizikal yg mudah seperti menaiki tangga, berjalan cepat, berenang, berbasikal
dan membuat regangan.

Di samping itu, kita boleh juga mencuba petua orang2 dahulu..

* Bancuh segelas air teh tanpa gula, perahkan sebiji limau nipis ke dalam gelas tadi. Amalkan
minuman air tersebut setiap hari.

* Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan pada perut setiap hari sebelum tidur.

Ataupun, cara moden..

* Lakukan senaman latih tubi di rumah. Lakukan sebelum tidur. Memadai sekadar 10-15 kiraan
setiap hari.

* Lakukan kerja rumah seperti membersihkan rumah, megemas bilik tidur atau melakukan
aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaj dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut
membakar lemak yg terkumpul pada perut kita.

Haa..macam mana?mudah je kan?apa salah nya kita luangkan sedikit masa yg ada untuk
mendapatkan perut langsing yg kita idamkan.. =)




terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

No comments:

Post a Comment

Copyright©All right reserved by Our Wedding Fairy Tale