Sunday, January 01, 2012

Prosedur Perkahwinan

Views
Salam.. :)


Still blur2 lg psl prosedur perkahwinan.. document2 yg kena ade.. so, gunekan khidmat Mr. Google & bukak laman web JAIM.. pun still blur2 =,= 

nk tepek kt sini, n bole baca byk2 kali sampai jd faham! hehe

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH
a.         Permohonan Kebenaran Berkahwin

Definisi :
* Permohonan Kebenaran Berkahwin:
Permohonan yang dikemukakan oleh bakal  pengantin lelaki atau perempuan kepada pendaftar nikah, cerai dan rujuk untuk melangsungkan perkahwinan sama ada di negeri Melaka atau negeri  dan negara lain .


Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut:-

i.  2 salinan kad  pengenalan pemohon dan pasangan
   (Dibesarkan dalam 150% dan dalam satu muka surat)
ii. Borang permohonan berkahwin ( Borang 1 ) yang lengkap
iii. 2 salinan Surat Akuan Bujang daripada Majikan jika bekerja atau Surat Pengesahan Status Diri daripada Sidang/JKKK/ Pengerusi Masjid sekiranya tidak bekerja (borang boleh diambil di Pejabat Agama Daerah
(yg ni utk lelaki shje kn?)
iv. Surat Pemastautin jika alamat kad pengenalan berbeza dengan alamat sekarang (borang boleh diambil di Pejabat Agama Daerah)
v. 2 salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan / Temuduga JAIM
vi. 2 salinan Sijil Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran pemohon jika anak perempuan yang pertama (PERLU jugak yg ni sebab me anak perempuan 1st)
vii. Keputusan ujian pemeriksaan kesihatan HIV
viii. Surat kebenaran daripada pihak lelaki bagi pernikahan di kariah perempuan (PERLU jugak.. hee )


 Berserta Dokumen Berikut ( Pilih Mana-Mana Yang Berkaitan) :

 Penduduk Tetap
·Pengesahan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
(Surat sokongan akan dikeluarkan oleh Pejabat Agama untuk dibawa ke JPN)


b.         Pendaftaran Nikah
Definisi :
* Pendaftaran Nikah:
 Permohonan yang dikemukakan kepada PNCR oleh Penolong Pendaftar Nikah(Imam/ Jurunikah) untuk mendaftarkan pernikahan yang dijalankan di negeri Melaka.

Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut :
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
(Dibesarkan dalam 150% dan dalam satu muka surat)

ii. Borang Permohonan Berkahwin (Borang 1) yang lengkap
iii. Borang Nikah ( Borang 4 ) yang lengkap
iv. Surat Akuan Bujang daripada Majikan jika bekerja atau Surat Pengesahan Status Diri daripada Sidang/JKKK/ Pengerusi Masjid sekiranya tidak bekerja
v. Surat Pemastautin daripada Sidang/JKKK/ Pengerusi Masjid jika alamat kad pengenalan berbeza dengan alamat sekarang
vi. Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan / Temuduga JAIM
vii. Salinan Sijil Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran pemohon jika anak perempuan yang pertama
viii. Keputusan ujian pemeriksaan kesihatan HIV
ix. Kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Daerah bagi pemohon dan pasangan
x. Gambar Lelaki ( Bersongkok) dan Perempuan ( Bertudung)

Berserta Dokumen Berikut ( Pilih Mana-Mana Yang Berkaitan) :

Penduduk Tetap
- Pengesahan Kad Pengenalan Dari Jabatan Pendaftaran Negara


i.          Ujian Pemeriksaan Kesihatan HIV

Ujian Pemeriksaan Kesihatan HIV ini tertakluk kepada individu seperti berikut :
 i.  Setiap individu (Lelaki/ Perempuan) Negeri Melaka yang ingin memohon kebenaran bernikah di dalam dan luar Negeri Melaka.
 ii. Setiap individu (Lelaki/ Perempuan) dari negeri lain yang ingin memohon kebenaran bernikah di Negeri Melaka
iii. Setiap individu (Lelaki/ Perempuan) yang berkahwin di luar Negara  yang ingin mendaftarkan perkahwinan di Negeri Melaka.

Bayaran Yang Dikenakan
Borang pemeriksaan kesihatan boleh didapati di Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin dengan bayaran RM 5.00. Klinik Kesihatan tidak akan mengenakan sebarang bayaran lagi bagi tujuan tersebut.

Catatan
  i. Ujian pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di semua Poliklinik Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Melaka. (Senarai klinik adalah seperti di bawah)
 ii. Jabatan Agama Islam tidak menerima keputusan ujian yang diperolehi dari klinik swasta atau menggunakan borang yang difotostat.
iii. Keputusan ujian adalah SULIT dan sampul surat bagi ujian tersebut hanya boleh dibuka oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

(copy from JAIM Website)


p/s: kalau ade sesiape yg nk share info ttg prosedur perkahwinan & document2 yg berkaitan, sgt dialu-alukan :)



Happy New Year dearies! semoga tahun ini lebih baik dr tahun lepas.. semoga segala urusan kita dipermudahkan & diberkati Allah.. amin :)

terima kasih sudi baca.. doakan urusan kami dipermudahkan ALLAH ye =)

10 comments:

  1. biase la tu byk prosedurnya nk wt..hehe

    btw salam perkenalan...i da folo u..folo me back dear...

    b2b from terengganu..:-)

    ReplyDelete
  2. hehe tuh la.. kn? pening tgok byk sgt prosedur nye.. mule2 mcm blur abes.. hee..

    salam perkenalan jugak dear~ da follow u da :)

    ReplyDelete
  3. wahhhhh.. blog untuk otw nak wedding pun ade.. bagus nie.. memudahkan utk bakal2 pengantin carik yang terbaik utk mereka..

    ReplyDelete
  4. fuiyooo byknye step nak buat. Thanks bg info. Huhu

    ReplyDelete
  5. Little Love Always: hehe byk blog b2b skrg ni.. mcm2 diorg share.. thanks follow blog yg x seberape ni.. selalu tengok maz punye tutorial make up :)

    pae: kan? aku still lg blur2.. haha..

    ReplyDelete
  6. Sayang... Korg da pi kursus kawen lom? Sbb kt kursus dia akan bagi salinan checklist ape nk kene wat and sediakan send kat pjbt agame and senarai harge mnde2 yg kene byr ( kad nikah.. Bape byk gmba utk wat kad nikah.. Mas kawen.. Byrn saksi.. Tok kadi.. Borang2 nk kene htr)

    ReplyDelete
  7. @m U c h ! k alene, aku da pegi da mase kt UMP dlu.. tp, xde la dpt bnde tuh sume.. tuh yg aku blur2 tuh.. nnt bonxer pegi, harap2 de dptla bnde2 tuh.. kalau x, kne la ktrg pegi pjbt agame terus n tanye prosedur de..

    ReplyDelete
  8. surat akuan bujang hanya lelaki je ke yg buat ???

    ReplyDelete
  9. masih blur2 jugk walaupon da google byk kali..haha..naseb bek time kursus ritu ade dpt checklist..so senang skit ;)

    follow my blog , b2b from melaka jugak nih.. - feezaxis.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. hai...boleh sya tau bape lame tempoh nak kene serah sume borg2 ni balik ke JAIM?

    ReplyDelete

Copyright©All right reserved by Our Wedding Fairy Tale